Wednesday, November 17, 2004

cahaya kasihmu 5

“Apa yang mama Fiq cakap pasal Rya?”soal Rya bila mereka masuk keperut kereta.
Rya melihat mama Taufiq berbisik sesuatu padanya sebelum mereka meminta diri untuk pulang.

“Tak ada apa apa.”ujar Taufiq.Namun dia tersenyum penuh makna.

“Jangan nak tipu.Rya bukannya tak kenal Fiq tu.”

“Tak ada.Cuma mama cakap Rya ni cantik.Dia suruh Fiq cepat cepat masuk meminang.”Kata kata Taufiq itu menyebabkan Rya tersedak.

“Kenapa?”tanya Taufiq.Tersenyum melihat Rya.

“Apa Fiq tak beritahu mereka ke?”

“Beritahu apa,mereka yang beritahu Fiq yang Rya ni kekasih Fiq.”ujar Taufiq.Memang
semua ahli keluarganya menganggap Rya teman wanitanya.

“Kenapa pulak?”

“Sebab selama ni Fiq tak pernah bawak balik perempuan.”ujar Taufiq selamba.

“Iye ke ni?”usik Rya.Tidak percaya lelaki sehebat Taufiq tidak pernah jatuh cinta.

“Rya tak pernah tanya Fiq kan.Boleh Rya tanya sesuatu?”soal Rya memint kebenaran.

“Eleh,selama ni tanya Fiq tak pernah minta izin.Kenapa ni?Pelik lah Rya ni.Cakaplah.”

“Fiq ada girlfriend tak?”

“Kenapa Rya nak jadi girlfriend Fiq ke?”gurau Taufiq.Dia tahu walaupun Rya menafikannya dia tahu masih ada yang tersirat antara dirinya dan Arzan.

“Merepeklah Fiq ni.”marah Rya.

“Apa salahnya kan.”mereka tergelak seketika.

“Actually,dulu ada.Lama dah dekat tiga tahun.Sebelum Fiq jumpa Rya.Masa tu Fiq putus dengan dia.Percaya tak kalau Fiq kata kisah kita sama.”ujar Taufiq tenang. Memandang Rya yang kehairanan.

“Apa maksudnya?”

“Fiq jumpa dia dengan kawan baik Fiq atas katil dirumah sewa Fiq masa di London.”ujar Taufiq,suaranya perlahan.Seolah menyembunyikan kesedihan semalam.

“Sakitkan Fiq.”ujar Rya bila mendengar kisah Taufiq.Patutlah selama ini Taufiq begitu memahami dirinya.Kerana dia sendiri mengalami kisah yang sama.

“Memang Rya,sebab tulah Fiq suka dengar Rya bercerita.Seolah olah Rya dah luahkan apa yang tak mampu Fiq luah kan selama ni.Kata hati Rya tu macam kata hati Fiq.”ujar Taufiq.

Selama ini Rya tidak pernah bertanya,bukan bererti Rya tidak mengambil berat. Dulu setelah kembali ketanah air Rya sering menelefon bertanya kabar, kadangkala mengirim gambar dia tiap kali melancong kemana mana.Dan kerap kali Rya menghantar e-mail.
Setiap hari mail box nya pasti akan tertera nama arya_astika.Nick name Rya.Itulah nama yang dicarinya dahulu.Kata kata dan cerita Rya yang dirinduinya.

“Maafkan Rya.”ucap Rya setelah diam seketika.

“Kenapa minta maaf?”hairan dia mendengar kata kata Rya itu.

“Rya terlewat tahu.Patutnya Rya ambil tahu,tapi Rya takut nanti pertanyaan Rya akan buat Fiq sedih macam sekarang ni.”

“Jangan cakap macam tu.Sekarang ni memang Fiq dah sembuh.Dah tak ada apa apa lagi.Rya jangan risau okey.”ujar Taufiq.Dia tidak mahu Rya diselubungi rasa bersalah.

“Afiq tu nama timangan Fiq dirumah ke?”soal Rya.Unik sebutan itu.

Waktu itu mereka berada betul betul depan bangunan hospital.Taufiq berdiri berhadapan dengan Rya.Mereka kelihatan begitu mesra sekali.

“Ak ah,kenapa?Rya nak gelakkan Fiq ye?”

“Bukanlah.Fiq ni selalu aje prasangka buruk pada Rya.Rya ni budak baik tau.”ujar Rya manja.

Kini Taufiq sajalah satu satunya tempat untuk dia bermanja.Sejak hampir setahun lalu.Pada papa dan mama dia malu untuk meluahkannya.Hanya Taufiq satu satunya tempat dia mengadu,menumpang kasih.

“Perasannya dia!”Taufiq mencubit pipi Rya menyebabkan gadis itu menjerit kecil.

“Fiq,sakit.”rengek Rya manja.Pipi bekas cubitannya digosok perlahan.Alah,kesiannya dia.Meh Fiq cium nak.”usik Taufiq.Dia mengosok bekas cubitannya.

“Esok Fiq datang hantar Rya tak?”soal Rya.Sedih pula rasanya nak berpisah dengan Taufiq.

Walaupun sayang tapi dia terpaksa.Kelukaan hatinya masih belum terubat.Terlalu pedih rasanya.Walaupun lahirnya dia gembira dan ceria,hatinya masih mendung.

Dia perlukan satu jangka waktu untuk mengubatinya.Menyambung pengajian selama dua tahun adalah satu langkah bijak.Lagipun Taufiq berjanji akan selalu menghubungi dia disana. Rakan rakan Taufiq ramai disana dan yang paling penting dia sentiasa mendapat sokongan Taufiq.

“Tak bolehlah.Esok Fiq ada pembedahan besar.Kita berpisah sekarang aje ye.”ujar Taufiq.Terkilan juga tidak dapat menghantar Rya,tapi demi tugas dia terpaksa melakukannya.

“Rya sedih nak tinggalkan Fiq.”ujar Rya.Air mata mula bergenang.

“Hei!Kenapa ni?Rya jangan lah macam ni.”pujuk Taufiq bila Rya memalingkan tubuhnya untuk menyembunyikan air matanya.
“Tak apa apalah.Masuk habuk.”ujar Rya.

“Alasan lapuk!”ujar Taufiq.Tersenyum memandang Rya yang mula mengukir senyum.

“Fiq..”rengek Rya.Muka dicemikkan mengundang simpati Taufiq.

“Okey,Fiq pun sedih.Jangan risau,kita akan tetap berhubung macam selalu.Rya pun nanti jangan terpikat dengan kawan kawan Fiq pulak nanti.”dia memandangRya.Walaupun bersedih masih sempat dia mengusik Rya.

“Dah,pergi masuk.Dah lewat ni.Kalau sempat esok Fiq akan hantar Rya.Tapi Fiq tak boleh janji.Pembedahan tu mungkin akan habis pukul tujuh petang.Kalau sempat Fiq datang.”dia memujuk.

“Okey,Rya tunggu.”

“Kalau Fiq lambat Rya masuk dulu.Nanti Fiq call Rya okey.”dia tersenyum penuh mesra memandang Rya.Entah mengapa saat itu hatinya terasa berat mahu berpisah daripada gadisi tu.

“Okey,good nite.”angguk Rya.

“Rya!”panggil Taufiq bila Rya ingin melangkah.

“Apa?”
“Ni untuk Rya.Fiq lupa nak kasi tadi.”Taufiq menghulurkan kotak baldu.Kotaknya saja cukup mengambarkan isinya.

“Apa ni?”

“Fiq nak Rya ingatkan Fiq selalu bila pakai ni.”ujar Taufiq.

“Cantiknya!”terkejut Rya menerima seutas rantai bertakhta berlian dan emas putih itu.

“Rya tak boleh terima ni Fiq.”serba salah Rya mahu menerimanya.

“No,jangan cakap apa apa.Nanti Fiq marah baru tahu.Ini tanda Fiq selalu ada disisi Rya walau apa pun yang berlaku.”

“Thanks so much Fiq.”ujar Rya,dia tersenyum penuh erti memandang Taufiq tanda ucapan terima kasih dan penghargaannya terhadap persahabatan Taufiq.

“Fiq sayangkan Rya.”ucap Taufiq.

“Rya pun.Fiq yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup Rya.”
“Dahlah tu.Nanti nurse yang comel comel tu nampak dia orang ingat Rya mak we Fiq pulak.Nanti melepas Fiq nak tackel dia orang.”gurau Taufiq.

“Perasan lah Fiq ni.”gumam Rya,dia ketawa kecil mendengar kata kata Taufik itu.Hati tenang dengan kasih sahabatnya itu.

“Fiq nak balik dah ni.Fiq doakan Rya akan aman disana nanti.Kalau senang Fiq datang jenguk Rya kat sana.”dia menguncup dahi Rya sekali lagi.

“Okey,bye.Rya tunggu Fiq disana nanti”Rya memerhatikan BMW milik Taufiq beredar dari kawasan hospital.

Tersenyum dengan kelakuan teman itu.Leka dia membelek pemberian Taufiq yang telah pun berada dilehernya.Tanpa menyedari ada seseorang yang memerhatikan semuanya.

Arzan menutup lampu biliknya.Berpura pura sudah tidur. Perasaan bercelaru saat itu.Melihatkan kemesraan Rya menjadikannya tidak senang. Namun dia sedar dia tidak berhak untuk cemburu.